Thursday, 30 July 2015

:: Kejutan Yang Membuat Kita Tersedak Air Liur ::


السلام عليكم ورحمة الله وبركته

Baru² ni kita dikejutkan dengan kenyataan DSN berhubung dengan rombakan kabinet dan ia cukup menggemparkan negara apabila melibatkan orang kedua negara iaitu TSMY sebagai TPM sekaligus menimbulkan pelbagai persoalan dan reaksi.

Dalam kenyataan tersebut, DSN menggugurkan TPM beserta dengan 4 orang menteri atas sebab ingin mengukuhkan lagi pentadbiran negara.

DSN turut mengumumkan pelantikan DSAZH sebagai TPM yang baharu, menggantikan TSMY pada 28 Julai 2015 yang lalu.
Rombakan kabinet itu juga melibatkan pelantikan baru 7 menteri dan 9 timb. menteri.

 Wow, terkesima jugak kita dibuatnya. Sesuatu yang kita sendiri tak menjangkakan. Apa²pun keputusannya, marilah kita sama² berdoa agar kesejahteraan rakyat dapat kita dikecapi.

Till then,
^^SyiRa KasSwa^^

 


 
 

Alhamdulillah....welcome to my new blog =)

Assalamualaikum n salam perkenalan...^-^v

Alhamdulillah...berjaya jugak aku create blog sendiri setelah sekian lame dok ushar blog orang merata...

Actually, sejak aku berpindah ke rumah baru bersama cik somi, aku rajin laa google berkaitan dengan dekorasi dan susun atur rumah untuk jadikan sumber inspirasi.
Ye laa kan...bile dah duduk rumah sendiri ni...macam² laa idea nak decorate rumah itu ini. Boleh katakan hari² laa aku curi² masa kat opis menjenguk blog orang.

So, lama-kelamaan timbul plak keinginan untuk wujudkan blog sendiri. Rase sonok sebenarnya bila membaca blog rerakan lain disamping boleh berkongsi ilmu, tips, panduan dan apa² sahaja yang berkaitan dengan life.

As a newbie, maybe banyak perkara yang aku tak tahu, perlu tahu or kena amek tahu so that aku tidak menyimpang mane² perkara yang boleh menjurus kepada keburukan. *nauzubillahiminzalik*

Last but not least, aku nak ucapkan selamat datang ke blog aku n rajin² jenguk blog aku ye...if ada apa² yang korang nak share dengan aku..aku dengan rendah diri bersedia untuk menerimanya.

Till then, salam sayang dari aku.

^^SyiRa Kasswa^^